Jumaat, 30 September 2011

Pertandingan dengan hadiah lumayan

Assalamualaikum wbt..

Harini tiba-tiba rasa nak bersoalan-soalan. Actually soalan ni diajukan oleh seorang rakan seperjuangan dunia akhirat. So saya pun nak ajukan juga soalan ni untuk kenalan-kenalan dunia akhirat saya~ ^^


Before that, 
Fikirkan satu negara yang anda idam sangat sangat sangat nak pergi. Then tiba-tiba anda ditawarkan untuk menyertai satu pertandingan yang hadiahnya anda boleh pilih satu negara untuk anda lawati and tinggal kat sana seumur hidup. Semua cost kehidupan anda kat sana sepanjang hidup anda akan ditanggung oleh penaja pertandingan tersebut. Sepanjang pertandingan tu, akan ada satu camera yang akan ikut anda kemana-mana setiap masa. Camera akan merakam kehidupan anda, dari anda bangun tidur, gosok gigi, pergi class or kerja, makan, mandi, tidur balik and semua-semua lah everyday sampailah tarikh pertandingan tu tamat. Syarat pertandingan ni, anda perlu berkelakuan seperti yang dikehendaki penaja. Jika anda tak behave, tak buat apa yang dikehendaki, markah anda akan dimerit. Sebaliknya, jika anda behave, buat segala apa yang dikehendaki, markah anda akan didebit. Di akhir pertandingan, peserta yang melepasi markah-markah yang ditetapkan akan terpilih ke negara idaman mereka itu.

Ok, sekarang cuba bayangkan..

NEGARA IDAMAN adalah SYURGA
PERTANDINGAN adalah DUNIA
PENAJA adalah ALLAH
CAMERA adalah PEMERHATIAN ALLAH
MARKAH DIMERIT adalah DOSA
MARKAH DIDEBIT adalah PAHALA


Soalannya,
Q : Untuk menang 'pertandingan' dan hidup selesa selamanya di 'negara idaman' yang ditaja oleh 'penaja', apakah yang perlu anda tambah ? 'markah dimerit' ataukah 'markah didebit' ? Dan bagaimanakah anda akan behave dihadapan 'camera' ??

Jawapannya,
A : Tepuk dada tanya IMAN. 


Susah tak soalan saya?? Kacang je kannn..? Lagi senang dari soalan exam kita. Hehe..Semoga kita semua dapat Full Marks. Sayang semuaaaaaa.. <3

Khamis, 29 September 2011

siapakah itu yang pernah ku cinta.....

Mengapa begitu dalamnya rasa kehilangan
resah pun berselerak di merata pelosok
menyiat-nyiat seluruh jasad
berhiba hiba sendiri
mengapa begitu dalam rasa cinta
rindupun berselirat menyumbat nadi
kasih tertanam tak mungkin mati
tangis memecah seluruh alam
melumpuh sekujur badan
mengapa cinta perlu hilang
sedang balutannya kemas
kuncinya kau pegang.

Kisah SECRET



Kisah ini bermula di sebuah bilik piano di kawasan sekolah. Seorang perempuan sedang menyimpan sesuatu di bilik tersebut. Tetiba seorang lelaki ini ternampak perempuan tu... Sejak mereka berjumpa,mereka mula rapat. Mereka pandai bermain piano. Mereka berkongsi tentang piano,berkongsi not,lagu dan sebagainya. Perempuan tu mengajar lelaki ni satu lagu yg dipanggil secret yg tahu tentang lagu itu hanya perempuan tu and lelaki ni saja.

Setiap saat,minit,jam,hari,minggu dan bulan perempuan tu menemani lelaki ni dimana saja lelaki ni berada dan lakukan.... Di sekolah ada majlis tari menari,lelaki ni melihat perempuan tu menari seorang lalu lelaki ni pergi ke arah perempuan tu dan menari dengan perempuan tu sambil tersenyum.. Sejurus habisnya mereka menari,lelaki ni berjumpa dengan perempuan tu di bilik piano sekolah... Lelaki ni memain piano untuk perempuan tu lalu lelaki ni berkata " pada hari majlis penyampaian hadiah di sekolah sy akan buat persembahan dan persembahan tu hanya untuk awk sahaja.. ",perempuan tu berkata " boleh sy dengar sekarang? ",sambil ketawa lelaki tu berkata " tak boleh,tunggulah pada hari penyampaian hadiah nanti dan sekolah kita akan dirobohkan pada hari penyampaian hadiah.. ",perempuan tu hanya diam sahaja bila mendengar sekolah akan dirobohkan..Pada suatu hari,lelaki ni melihat perlawanan football dan disebelah lelaki ni ada seorang perempuan yg sangat cantik serta menawan... Tetiba lelaki ni nampak perempuan tu di hujung kerusi dia duduk. Lelaki ni senyum dan perempuan tu menyusik lelaki ni dari jauh. Lalu lelaki ni bercakap dgn perempuan cantik disebelahnya untuk bertanyakan tentang gelang tangan yg dipakai oleh perempuan cantik itu. Perempuan tu yg melihat lelaki ni bercakap dgn perempuan cantik tersebut perempuan tu terus berlalu pergi kerana cemburu... Lelaki ni hanya melihat perempuan tu pergi.. Lelaki ni bertanya pada rakannya apa itu asma,kawan lelaki ni berkata asma tu boleh di jangkit melalui udara dan ada juga berkata asma tu boleh didapati melalui kecedaraan... Lelaki ni tak percaya akan kata-kata kawannya tu dan terus berlalu pergi sambil tersenyum..

Sesampainya lelaki ni dirumahnya,lelaki ni terkejut melihat ayahnya pandai bermain piano... Ayah lelaki ni seorang guru di tempat sekolahnya.. Lalu lelaki ni bertanya pada ayahnya penyakit asma boleh sembuh dgn makan apa? Ayahnya menyuruh lelaki ni menari dengannya dahulu baru di bagitahu apa jawapannya... Lelaki ni mengikut kehendak ayahnya itu untuk mengetahui lebih banyak pengetahuan tentang penyakit asma kerana perempuan tu menghidap penyakit asma.. Sejam telah berlalu,lelaki ni sudah bosan menari dengan ayahnya dan bertanya " makanan apa yg sesuai untuk orang penyakit asma? ".. Ayah lelaki tu berkata "ada epal di dalam peti sejuk,ambil laa.. "... Lelaki ni berkata epal ke yg sesuai untuk orang asma.. Ayahnya hanya diam saja... Lelaki ni mengambil epal tersebut dan bawa ke sekolah... Lelaki ni menunggu perempuan tu di dalam kelas tapi perempuan tu tak kelihatan,dalam meja perempuan tu dipenuhi epal...

Ketika lelaki ni sedang berjalan di kawasan sekolah,lelaki ni terlihat perempuan tu sedang duduk sambil melihat padang sekolah... Lelaki ni terus berlari ke kelas untuk mendapatkan epal yg diletakkan di bawah meja perempuan tu.. Lelaki ni datang ke arah perempuan tu dan duduk di sebelahnya lalu memberi epal kepada perempuan tu... Perempuan tu sambil tersenyum lalu makan epal tersebut.. Perempuan tu bertanya dekat lelaki tersebut " lepas ni sy tak ada dekat sekolah adakah awk akan cari perempuan lain? ",lelaki tersebut pun menjawab " mesti laa! Takkan sy nk tunggu awk... ".. Perempuan tu terus berlari sambil kesat air matanya... Lelaki ni menjerit sambil berkata " ehh! Tolong laa sy angkat epal ni,jangan tinggalkan sy... "
Sejak dari hari tu,lelaki ni tak nampak perempuan tu di sekolah... Lelaki ni mencari perempuan tu di rumahnya tapi hanya menunggu perempuan tu keluar dari rumahnya... Tetiba lelaki ni melihat seorang nenek tua membawa barang menuju ke rumah perempuan tu tiba-tiba epal jatuh dari beg plastik nenek tu.... Lelaki ni menolong nenek tu dan memberi epal tersebut kepada nenek tu... Nenek tu hanya senyum saja lalu masuk ke rumah perempuan tu.... Lelaki ni dengan hairan lalu memanggil nenek tu tapi nenek tu tak layan... Lelaki ni terus pulang ke rumah... Sejurus tiba dirumahnya,lelaki ni terus memain piano dengan nada sedih... Ayah lelaki ni menangis mendengar bunyi piano tu lalu ayahnya menyuruh lelaki ni ceritakan masalahnya tapi lelaki ni terus masuk ke dalam bilik...

Keesokannya,lelaki ni pergi ke rumah perempuan tu.. Lelaki ni menekan loceng berkali-kali lalu nenek tu keluar dan lelaki ni menanyakan tentang perempuan tu tapi kata nenek itu perempuan tu tak sihat kerana asmanya datang balik dan menyuruh lelaki ni pergi.. Lelaki ni terus pergi ke sekolah... Sejak dari hari tu lelaki ni rapat dengan perempuan cantik itu... Setiap masa mesti lelaki tu akan berada di bilik piano dan memain piano.... Perempuan cantik tu sentiasa menemani lelaki ni...

Pada hari penyampaian hadiah,lelaki ni akan buat persembahan dan perempuan cantik tu memberikan gelang tangannya kepada lelaki ni untuk membawa tuah... Lelaki ni tersenyum dan memakainya... Tiba masanya untuk lelaki ni buat persembahan... Masa lelaki ni buat persembahan di pintu masuk dewan perempuan tu melihat lelaki ni buat persembahan... Lelaki ni menoleh ke arah perempuan tu dan tersenyum lalu perempuan tu berlari pergi... Lelaki ni mengejar perempuan tu dan memeluknya sambil berkata " kita jangan berpisah lagi,janji? ",perempuan tu berkata " janji! "... Ayah lelaki ni memanggil anaknya dan menyuruh lelaki ni balik ke dewan semula... Lelaki ni menyuruh perempuan tu tunggu dia di kelas... Setibanya lelaki ni di kelas,perempuan tu tak ada... Lelaki ni baring di atas meja perempuan tu dan tetiba ada tulisan misteri di atas meja perempuan tu... Tulisan tu menulis " sy ... ,sy cinta kat awk, awk cinta kat sy tak?" lelaki ni terus mengambil liquid dipoketnya lalu melukis bntuk love sambil menangis...

Lelaki ni pergi ke rumah perempuan tu dan nenek tu membenarkan lelaki ni masuk... Nenek tu cakap jangan bising sebab perempuan tu tengah dengar lagu... Lelaki ni pergi ke bilik perempuan tu tapi tak ada sesiapa didalamnya.. Nenek tu berkata " dia menghilang lagi,entah ke mana dia pergi.. ".. Lelaki tu melihat kertas lukisan di atas piano tapi di rampas oleh nenek itu... Nenek tu tak bagi lelaki ni usik barang perempuan tu... Teiba nenek tu melihat wajah lelaki ni sama dengan lukisan tersebut... Nenek tu berkata " maafkan mak,sayang... Mak tak percaya kamu..".. Nenek tu sebenarnya mak perempuan tu... Nenek tu bg gambar terakhir perempuan tu dekat lelaki ni... Gambar perempuan tu bersama ayah lelaki ni.... Lelaki ni bertanya pada mak perempuan tu " betul ke kalau orang sakit asma akan makan epal? ".. Mak perempuan tu berkata " tak,anaknya itu memang suka makan epal.. ".. Lelaki ni pulang ke rumah untuk tanya tentang perempuan tu dekat ayahnya...

Ayahnya pun cerita...perempuan tu seorang perempuan yg pandai main piano merupakan pelajar tahun 1979.. Perempuan tu bagitahu ayah lelaki ni yg dia jumpa lagu secret di bawah piano lama dan lagu tu mesti dimainkan dengan laju lepas tu orang pertama yg nampak kita tu lah dapat melihat kita dan mesti dimainkan dengan menggunakan piano lama.... Perempuan tu main lagu tu dengan cepat dan sekitar bilik piano tu berubah pada akhir not perempuan tu berada di tahun 2010 dan perempuan tu nampak lelaki ni dahulu tapi orang lain tak nampak perempuan tu... Perempuan tu melihat lelaki ni di kelas dan tak sangka mereka satu kelas... Masa perempuan tu bersama lelaki ni,perempuan tu ada bertanyakan " lepas ni sy tak ada dekat sekolah adakah awk akan cari perempuan lain? " tapi jawapan lelaki ni melukakan hatinya... Sejak dari hari tu,perempuan tu tak datang ke tahun tu untuk berjumpa lelaki tersebut.. Perempuan tu bercerita kisah ni dekat kawan-kawannya tapi dia di hina... Perempuan tu terus tak datang sekolah... Mak perempuan tu membawa ubat untuk perempuan tu makan tapi ternyata ubat yg diberi maknya tu ubat sakit mental.. Perempuan tu sedih sangat kerana maknya tidak percayakannya.... Pada suatu malam,perempuan tu melukis gambar lelaki ni... Maknya menanya " siapa lelaki ni? ",perempuan tu mejawab " inilah lelaki yg sy ceritakan pada mak tu..".. Mak perempuan tu keluar dari bilik anaknya dan berkata pada gambar yg di gantung di dinding " kamu cakap seseorang perempuan akan nampak baik bila main piano tapi anak kita main piano dan kerana dia main pianolah anak kita dah sakit.. Semua salah awk kerana menyuruh dia main piano.."... Perempuan tu melihat maknya memarah gambar ayahnya... Pada hari penyampaian hadiah perempuan tu dijemput oleh gurunya iaitu ayah lelaki ni untuk ke sekolah... Setibanya di sekolah,perempuan tu mengambil gambar dengan gurunya itu dan perempuan tu teringat akan lelaki ni cakap " pada hari majlis penyampaian hadiah di sekolah sy akan buat persembahan dan persembahan tu hanya untuk awk sahaja.. " dan lelaki ni berkata lagi " sekolah kita akan dirobohkan pada hari penyampaian hadiah.. ".. Perempuan tu pergi ke bilik piano dan memainkan lagu secret itu dan perempuan tu pun jumpa lelaki ni dan memeluk lelaki ni,lelaki ni menyuruh perempuan tu tunggu dia di kelas tapi malangnya perempuan tu melihat gelang tangan perempuan cantik tu dekat tangan lelaki ni... Perempuan tu pun memainkan lagu secret tu untuk kembali ke tahunnya... Perempuan tu baring di mejanya di kelas sambil menulis " sy ... ,sy cinta kat awk, awk cinta kat sy tak? ",lalu perempuan tu mati di mejanya itu....

Setelah lelaki ni dengar cerita itu dari ayahnya,ayahnya mahu memberi lagu secret tu dekat lelaki ni tapi sejurus mahu membaginya,lelaki ni sudah hilang... Lelaki ni berlari ke sekolah dan memasuki kawasan sekolah yg akan dirobohkan itu... Ketika di rumah ayah lelaki ni melihat lagu secret tu dan terlihat nota terakhir perempuan tu yg berkata " sy ... ,sy cinta kat awk, awk cinta kat sy tak? ",ayah lelaki ni membuka lipatan atas nota itu untuk mengetahui nota itu menujukan kepada siapa,ayah lelaki ni terkejut kerana nota ini ditujukan kepada anaknya..Ayah lelaki ni terus mencari anaknya itu... Setelah masuk ke dalam sekolah,lelaki ni terdengar ada orang berkata piano lama ditinggalkan di bilik piano... Lelaki ni memanjat bangunan sekolah untuk ke bilik piano.... Lelaki ni pecahkan tingkap bilik piano dan memasuki bilik tersebut.... Lelaki ni teringat perempuan tu memain lagu secret dengan laju sekali dan teringat juga akan kata-kata perempuan cantik yg berkata " jangan guna piano lama itu kerana piano tu berhantu.. "... Lelaki ni bermain piano tersebut dengan laju sekali pada masa sama kerja-kerja merobohkan sekolah dijalankan.... Pada akhir not lagu itu,ada bola besi yg besar di luar tingkap bilik piano,darah lelaki ni terjatuh pada key terakhir dan bola besi tu dilambungkan ke arah lelaki tersebut lalu lelaki ni menekan key yg terakhir................................. Lelaki ni berada di pintu belakang kelas perempuan tu sambil tersenyum dan perempuan tu pun tersenyum melihat lelaki ni.... Lelaki ni dan perempuan tu menjadi pasangan couple dan lelaki ni telah menamatkan persekolahannya pada tahun 1979...

iMAGiNASi itU PERlU



 


Siapa kat sini tak pernah berimaginasi ? 
kalau tak pernah tuh memang sah kOrang bukan Orang tapi errr .. entOh la .
bila saya nak kahwin nanti kan .. wahai bakal isteri saya , dengar sini ..
saya nak belikan cincin berlian 10 karat satu , rumah banglo satu ( istana pun bOleh ~ :P ) , 2 ekor kuda , set barang kemas satu , lamborghini satu , pembantu rumah , 
lagi .. beg tangan .. blablabla .. kasut .. blablabla ~ 
 (demand sungguh =.=")
memang sah-sah bakal isteri saya tak akan cari Orang lain . 
Ouh , wahai bakal isteri saya , itu hanyalah imaginasi , jangan perasan  ye .. kekekkee ~
:face15:
Ouh ~ hanyalah imaginasi ..
Okey , hari ini cheq nak cerita pasai imaginasi atau sesetengah Orang cakap mengelamun ..
sebenarnya imaginasi neh bagus untuk kita yer kawan-kawan sekalian ..
hee ~ sebelum tuh , apa kebenda imaginasi neh ? 
imaginasi ialah prOses pembentukan citra mental dari Objek persepsi atau pemikiran dalam ketiadaan rangsangan luaran , iaitu prOses membayangkan sesuatu di dalam fikiran .
haaa ~ hebat tak aku ? tehee ~ terima kasih kat encik gOogle ..
:face12: 


bagi saya , imaginasi ini sangat kreatif .. hahaa ~
kreatif giler . kadang-kadang imaginasi itu lah yang akan mendOrOng kita untuk berjaya .. kan ?
imaginasi itu sains . imaginasi itu pOwer . imaginasi itu abstrak . imaginasi itu kartun . imaginasi itu impian . imaginasi itu super duper gempak . imaginasi itu khayalan . imaginasi itu drama . 
imaginasi itu angan-angan mat jenin .. err , betul kah ?
:face55: 


mengapa imaginasi itOh penting ? 
 imaginasi memainkan peranan utama dalam kehidupan seharian . 
untuk mencapai sesuatu yang berharga , kita harus menggunakan imaginasi untuk merumuskan kOnsep yang kita inginkan , dan kemudian menukarkan kOnsep tersebut ke dalam bentuk yang sebenar .   
jika kita dapat membayangkan sesuatu , maka kita boleh menjadikan ia sebagai satu visi dan mencipta realiti dari itu . 
dengan kata lain , kita akan cuba untuk jadikan satu imaginasi itu bertukar kepada realiti lar .
:131: 


dan dalam pembentukkan imaginasi saya , Of cOurse , dOraemOn memainkan peranan yang penting .
hahah ! haa ~ siapa tak kenai dOraemOn ? tak kenal ? tipOo sangat lar tuh ..
setiap alat ajaib yang dOraemOn keluarkan adalah benda-benda yang ingin saya miliki dahulu .


' kan best kalau ade pintu kemana saja , bOleh aku g LOndOn, Paris dan melbourne .. ' ( dulu , aku just tahu LOndOn je luar Malaysia .. tak tau lar pasaipa , mungkin sebab dOk nyanyi LOndOn bridge is falling dOwn , falling dOwn .. ~~ Oh , aku dah lupaa ..
kalau sekarang neh , aku akan cakap ' kan best kalau ada pintu kemana saja tuh , senang sikit nak hangOut dengan kawan sama-sama .. tak payah fikir pasal transpOrt bagai ~
Oh , senang-senang ..
' kan best kalau ade pOket dOraemOn , bOleh aku buat keluar barang gempak-gempak .. '



lepas ini kOrang bOleh lar pergi mengelamun banyak-banyak ek ! 
tapi ingat , berimaginasi yang pOsitif tau !
berimaginasi memang tiada batasan .
jangan pula mengelamun tengah-tengah gOyang kaki tiba-tiba hujan duit turun atau tanam pOkok tumbuh daun duit . kalau macamtu , memang tak kemana lah nampaknya .



btw , terserah lar kan kita nak berimaginasi macam mana . kita yang rancangkan apa yang kita nak dalam imaginasi itu . that is yOur Own wOrld .. hOhOh ! 
:face26:


Okey ! selamat berimaginasi .. hee ~

Expectation is the root of all heartache


We drifted apart eventually everyone does, I guess. But, I still can't get over how we drifted 

apart, how you let this happen. More than that, how you just let me go, pushed me away, 

blocked me out when I did nothing. I did nothing to you. Actually no that's a lie. I did 

everything for you. I was always there for you whether you need me or not. I did so much 

for you. I was the person you were closest to, I was your best friend.You told me that 

repeatedly But I obviously wasn't much to you, since you just cut me off. How could you do 

that?..How could you pick her over me? I understand she's your girlfriend & you're gonna 

spend more time with her. And I'm fine with that. But, that doesn't mean you have to block 

me out completely, as if I don't even exist. That hurt. It hurt me so much.. More than I'm 

 even willing to admit. Because, you were my best friend, too. I thought we'd always be 

close. But apparently, I was wrong. things change. Sometimes I just wish we could go back. 

Ujikaji

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan
cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan
saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.


"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang
cikgu tunjukkan sebentar tadi??"


Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

ditingalkan or meningalkan??

ok tajuk kali nie "di tingalkn or meningalkn" perrrgghh ayt2 bunge yer haha..
1st nk ckp ditingalkan...ditingalkn yg di mksudkn oleh sy ialah..
 a)ditingalkn keseorgn d rumah
 b)ditingalkn oleh ibubapa(meningal dunia)
 c)ditingalkn bus! haha(ak pena kot!)
 d)ditingalkn KEKASIH(ak pon pena kot!)
and so on..actually ade bnyk lg erti kata ditingalkn.....
2nd..meningalkn..dngar macam sama kan..ditingalkn dan meningalkan..but a different meanig lah!
meningalkn more to kita yg tingal kan orang tu/sesuatu..but ditingalkn pulak orang yg tingalkn kita..haa penin kan banyak sangat aku cakap perkataan tinggal!! hahaha
contoh2 meningalkan pulak macam:
a)kita meningalkan keluarga di kampung
b)kita meningalkan kengkawan
c)kita meningalkan girlfrnd (hahaha*gelak setan!)
and banyak lagi lah..
BUT..the point i want to tell here is..........
DITINGALKAN adalah lagi terseksa dari MENINGALKAN! look like same right..but that a real.. bila kita ditingalkan kita akan LEBIH rasa "SAKIT" berbanding dari meningalkan..kalau meningalkan itu adalah keputusan kita sendiri sama ada di dlm paksa rela atau suka rela but when DITINGALKAN itu BUKAN lah keputusan kita and kita tidak mahu pon benda ini terjadi..
haaa...
so now u can seen right the different between MENINGALKAN dan DITINGALKAN..
and i more:
"EASY TO FORGIVE THAN TO FORGET" bak kata omputih...
actually this is from my experince.. i got both.. DITINGALKAN dan MENINGALKAN.. so so so so so so really really really sick when DITINGALKAN and when kita yg meningalkan seseorang itu tak de lah seteruk ditingalkan kan..even aku sendiri tahu ditingalkan itu sangat sakit but ak bukan saje je nk meningalkan orang itu...i hv reason ok!
BUT
apa pon semua itu adalah kenagan dan pengajaran bagi aku untuk teruskan kehidupan dan lebih berhati2..
apa2 pon "EVERYTHING HAPPEND WITH A REASON OKEI"..
siapa tahu ape yg ada di dalm hati seseorang..
hanya TUHAN  yg lebih memahami apa yg terbaik untuk umat-Nya..

persoalan di hati


1) KENAPA AKU DIUJI?

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."( Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )


2) KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."                             ( Surah Al-BaQarah ayat 216 )

3) KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." ( Surah Al-BaQarah ayat 286 )

4) RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang-orang yang beriman."( Surah Al-Imran ayat 139 )

5) BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaQwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." ( Surah Ali-Imran ayat 200 )
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"                             ( Surah Al-BaQarah ayat 45 )


6) APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

Firman Allah  Ta'ala yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .." ( Surah Al-Taubah ayat 111 )

7) KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." ( Surah Al-Taubah ayat 129 )
8) ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;
"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." ( Surah Yusuf ayat 12 )



Wallahu A'lam...


waktu kecil

waktu kecil

Anda juga boleh merasai :-)