Isnin, 10 Oktober 2011

terus bercinta!!!


percintaan.
ibarat mendirikan rumah di tepi pantai, mungkin jua akan dipukul ombak tanpa kita rancang, tanpa kita sedari rumah yang disangkakan kukuh akhirnya roboh jua akibat pukulan ombak tersebut

saya pernah ditanye oleh beberapa orang rakan cara untuk mengatasi masalah putus cinta...cara untuk menghadapi saat sakitnya cinta yang putus di pertengahan jalan

.kan bagus jika hati tersebut mudah dirawat apabila telah dilukai.

senyum.
mengapa lagi perlu pandang ke belakang? sungguh indahkah masa belakangmu sampaikan tidak mampu untuk meneruskan langkah ke masa hadapan


kawan: sakitnye waktu putus cinta
aku: putus cinta?
kawan: ye, putus cinta..apakah kau pernah merasakannya?
aku: (senyum) perlukah aku berbicara tentang cerita cinta yang telah musnah?
kawan: (senyap)
aku: tidak perlu untuk aku berbicara tentangnya, aku rase kau sendiri memahami dan telah merasakannya pada saat ini bukan?
kawan: ye, aku rasa dah tak berpenghujung rasa sakitnya
aku: (gelak) kau nak ubat?
kawan: ubat ape yang kau nak bagi?
aku: ubat gamat, bio oil pun boleh untuk hilangkan parut di hati kau (gelak)
kawan: sungguh gila kau nie (gelak)
aku: (senyum) putus cinta bukanlah penamat segalanya


.tangga..ingin sekali melangkah demi satu langkah untuk terus menuju ke hadapan.

mungkin si 'dia' bukan yang terbaik untukmu, mungkin jua si 'dia' tidak sesuai denganmu..bersabarlah kerana ada hikmah di sebalik ape yang terjadi, Dia lebih tau ape yang terbaik untukmu

sejarah lama haruslah dibuang dan bina masa hadapan, usah sesekali pandang ke belakang, teruskan melangkah & pandang ke hadapan, menggapai satu kemajuan

kegagalan dan kejayaan adalah lumrah kehidupan, begitu juga dengan satu perhubungan dan percintaan yang telah terjalin oleh sepasang kekasih

tidak ada seorang pun yang terus menerus berjaya meraih cinta tanpa melalui walau satu kesakitan, bukanlah bermakna sakit selamanya, kesakitan yang dilalui membuatkan diri agar lebih tabah untuk mengharungi hari-hari yang seterusnya

hati berbicara: hati yang terluka perlu dibalut serta dirawat, luka yang dialami haruslah dijaga sehingga sembuh, selepas ini dapatkan tips dengan lebih banyak untuk menghadapi sakitnya putus cinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

waktu kecil

waktu kecil

Anda juga boleh merasai :-)