Isnin, 10 Oktober 2011

"Saya suka awak. Boleh kita couple?"


"Saya suka awak. Boleh kita couple?"
"Bila kita nak couple?"
"Nak couple dengan awak boleh?"

Sebagai seorang student sekolah menengah dulu, yang masih tak matang lagi, mesti kita akan terbiasa dengar perkataan-perkataan macam ni? Ni masa awal-awal baru belajar nak ngurat la. Agak jahil sikit bab mengurat ni masa mula-mula. Baru rapat dan kenal sorang perempuan ni, kononnya dia pun suka kat kita dan boleh couple. Sekali kene reject la. Serik! Tak nak guna taktik macam tu lagi. Bila kononnya dah pro sikit, cari mangsa lain pulak dan biasa pulak kita dengar macam ni :

"Saya nak mengenali awak dengan lebih rapat lagi boleh?"

Taktik ni agak halus sikit. kononnya nak berkawan rapat, tapi ada maksud lain. Tak henti-henti nak cuba gembirakan dia, buat dia suka kat kita, bagi hadiah la, dan segala taktik lagi untuk menawan hati dia. Bila kita nampak dia macam suka dengan kita, kita pun cuba meluah perasaan kat dia. Kene reject jugak. Alasan dia "saya anggap awak kawan baik je." Dah tertonggeng lagi.

Cari lagi mangsa lain. Ok! Kali ni tak nak cuba luah perasaan. Mula-mula kenal, bila dah rapat, guna ayat macam ni pulak :

"Saya nak jadi abang angkat awak boleh tak?"

Lebih kurang sama jugak ayat ni. Mula-mula kenal, bila dah rapat, nak main angkat-angkat pulak. Dalam hati tetap ada niat yang sama, nak ngurat si dia tu.

Budak-budak sekolah, biasa la. Tak pikir apa pun. Jumpa perempuan lawa sikit, comel sikit, nak ngurat.

Bila diingat-ingat zaman persekolahan, kenangan kita dan kawan-kawan kita masa baru nak belajar-belajar ngurat, mesti buat kita ketawa. Sebenarnya point kat sini adalah, kita sebagai manusia, pasti akan sering melalui situasi yang baru dalam kehidupan kita. Daripada jahil, kita jadi semakin pandai. Tak kira la, apa sekalipun situasi tu, kita perlukan pembelajaran dan pemerhatian untuk menjadikan kita lebih mahir. Sebagai contoh, dalam lapangan kerjaya, pembelajaran dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

waktu kecil

waktu kecil

Anda juga boleh merasai :-)