Selasa, 1 November 2011

Apa yang diorang kata kat aku?


Kalau kita puji perempuan tu cantik, dia akan ingat untuk sementara sahaja. Tapi kalau kita kata perempuan tu hodoh, dia akan ingat kata-kata kita tu sampai mati.

Pernah tak ada orang cakap dengan korang, dan kata-kata dia tu terpahat dalam fikiran korang dan sampai bila-bila pun korang tak dapat lupakan kata-kata tu?

Entry kali ni, aku saja nak share dengan korang semua tentang kata-kata yang orang pernah ucapkan kepada aku, dan sampai sekarang kata-kata tu masih lagi terpahat dalam ingatan aku. Kadang-kadang tanpa aku sedar, aku mesti teringat secara tiba-tiba kata-kata ni, padahal aku tak de niat nak ingat balik. Just nak share ngan korang. Aku akan listkan kata-kata yang aku pernah dengar dan sehingga kini aku masih lagi ingat.


"Papa tak kisah abang tak pandai dalam pelajaran, tapi papa nak abang jadi orang yang baik."
- Papa aku

"Papa suruh abang ikut papa kerja ni sebab papa nak bagi abang rasa susahnya kerja papa ni. Biar satu hari nanti abang tak nak rasa susah macam papa ni. Papa nak abang berjaya."
- Papa

"Jangan sekali-kali lewatkan solat. Macam mana Allah nak kabulkan doa abang dengan cepat kalau abang lewat-lewatkan solat?"
- Mama aku

"Mama tak kisah kalau abang nak keluar malam dengan kawan-kawan. Tapi satu je pesan mak, jangan merempit!"
- Mama aku

"Terima kasih bang sebab abang dah buat mama dengan papa rasa bangga dengan abang."
-Mama aku

"Bang, jimat-jimat pakai duit."
-mama

"Ingat hilal, mama dengan papa ko kerja keras nak sekolahkan ko ngan adik-adik."
-Nenek aku

"Benda yang paling susah untuk kita ingat ialah muka kita waktu kita kecik-kecik dulu."
- Cikgu Sejarah 2 Form 5 aku

"Waimah...."
- Cikgu Add match aku Form 5 aku

"Banyak baca banyak lupa, sikit baca sikit lupa, tak baca tak lupa."
- LectureVisual Basic

"Sayang janji sayang takkan tinggalkan abang."
 - First love aku

Ok! Setakat ni je kot yang aku ingat buat masa ni. Thanks for reading. Sekadar nak share. Kalau korang ada gak kata-kata yang korang masih segar dalam ingatan, boleh la drop kat komen. Sekadar bekongsi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

waktu kecil

waktu kecil

Anda juga boleh merasai :-)