Rabu, 16 November 2011

Kerana cinta, sanggup babikan emak sendiri...

Dimulakan dengan Bismillah..

Entry kali ni pulak aku nak story kat korang semua tentang 1 kisah benar yang berlaku waktu aku sekolah menengah dulu. Kejadian ni betul-betul berlaku. Kisah di mana seorang budak sekolah, sanggup mengatakan mak dia babi kerana cinta.


Pertama sekali, maaf kalau entry kali ni aku gunakan perkataan yang sangat kasar, tetapi tu la realitinya yang berlaku dengan bersaksikan mata aku.

OK! Kisahnya macam ni. Masa aku sekolah menengah dulu, sekolah aku ni gunakan sistem 2 sesi. Ada kelas pagi dan kelas petang. Kelas yang kami gunakan tu, pagi kelas kami la, tapi petang kelas tingkatan 2 yang pakai kelas kami tu. Satu hari tu, kawan aku terjumpa 1 buku kat bawah meja dia. Buku tu budak kelas petang punya. Tertinggal la tu kot. So member aku ni pun tengok-tengok la buku tu. Buku tu macam diari. Sekali cek-cek lagi, rupa-rupanya buku tu seperti surat cinta, di mana dalam buku tu digunakan oleh dua orang. Yang kami pasti seorang yang guna laki, dan seorang perempuan. Memang macam surat cinta pun sebab bila sorang tulis, sorang lagi akan balas, dan seterusnya. Kami pasti mereka akan jumpa sekali sekala untuk passing buku tu.

Lepas tu member aku ni pun panggil la budak-budak laki kelas kami ni  nak tunjuk buku tu kat kami. So kami ni kumpul la ramai-ramai nak tengok. Sebab kami ni pantang jumpa surat-surat cinta ni. Sebab nak buat bahan gelak je. Kadang-kadang seronok tengok ayat-ayat orang bercinta ni. Rasa kelakar pulak. Pulak tu buku tu budak tingkatan 2 punya. Budak-budak baru nak naik. Nak tau gak perihal budak-budak baru nak naik ni bercinta macam mana.

Kami pun baca la buku tu dari helaian demi helaian. Sambil kami baca, kami gelak-gelak sebab tak tahan dengan ayat-ayat jiwang dalam buku tu. Mana tak nya, baru tingkatan 2, ayat-ayatnya dah macam orang dah tak sabar sangat nak kawin. Memang kami bantai gelak jelah baca buku tu. Kami pun terus la baca helaian demi helaian dan gelak-gelak.

Tapi bila sampai satu page tu, kami semua tersentak dengan apa yang ditulis oleh budak perempuan tu. Dia tulis untuk boyfren dia pasal mak dia tak bagi dia keluar rumah, mak dia mintak tolong buat kerja rumah. Dia pun luahkan la perasaan kat boyfren dia yang dia geram dengan mak dia sebab suruh buat kerja dan tak bagi dia keluar rumah. Pada hujung ayat tersebut budak perempuan tu ada tulis "MAK NI MEMANG BABI LA!" Kami terkejut, tersentak dengan apa yang ditulis budak perempuan tu. Berkali-kali dia ulang-ulang mengatakan mak dia babi dan dia geram dengan mak dia. Siap cakap suruh mak dia pegi mati lagi.

Tadi kami gelak-gelak, tapi sekarang kami jadi marah gila. Sanggup dia kata mak dia sendiri babi. Baru tingkatan 2 tu, dah pandai nak maki mak sendiri. Nak suruh mak dia pegi mati. Dah pandai nak hidup sendiri konon. Nak hidup dengan boyfren je, tak perlukan hidup dengan emak lagi katanya. Yang boyfren dia pun satu spesis bodoh bangang jugak, pegi layankan jugak perempuan tu. Kalau aku, perempuan kurang ajar macam tu, dah lama aku tinggal. Tapi sebelum tu, bagi kaki dulu baru puas hati. Kerana cinta dia kat boyfren dia sanggup kata mak dia macam tu. Nak hidup dengan boyfren katanya, sebab rimas duduk kat rumah ngadap muka mak sendiri.

Eh budak! Kalau ko sayang sangat dengan boyfren ko tu sampai ko babikan mak ko, nanti 1 hari ko mengandungkan anak luar nikah, boyfren ko ada nak tolong ko? Takde nye. Mak ko yang ko babikan tu jugak yang nolong ko, tanggung malu dek kerana ko nanti. Ko kena ingat, syurga tu di bawah tapak kaki ibu. Boyfren ko tu akan bawak ko pegi neraka je tau tak?

Kami yang geram sangat dah rasa macam nak meletup ni pun bercadang nak cari budak tu kat sesi petang. Kalau dapat memang kami nak tampar je terus, takde bagi peluang langsung. Baru tingkatan 2 dah pandai nak kata mak sendiri macam tu. Kerana cinta, sanggup babikan mak sendiri. Tapi kami buat keputusan, biar la pihak sekolah yang uruskan hal ni dan cari budak tu siapa. Kami pun serahkan buku tu pada cikgu. Kami tak tau siapa budak tu dan kami pun tak nak ambik tau dan cari dia sebab kalau kami tau, memang lunyai budak tu kami kerjakan. So, kami tak nak ambik tau dan biarkan sekolah yang urus. Mudah-mudahan budak tu dah kena hukum dengan pihak sekolah dan dia bertaubat.

Kawan-kawan, apa yang aku ceritakan tadi adalah kisah benar yang berlaku terhadap remaja yang terjebak dengan dunia percintaan ni. Tu salah satu yang aku jumpa. Korang pun ada dengar jugak kan kat berita ke, kat mana-mana ke, kerana cinta, sanggup lari rumah. Kerana cinta, sampai mengandungkan anak luar nikah, dan macam-macam hal buruk lagi yang berlaku kerana cinta. Janganlah kerana cinta, kita rosakkan diri kita sendiri. Jangan kerana cinta, kita derhaka pada ibu bapa. Jangan kerana cinta, kita lalai dan sanggup menconteng arang ke muka ibu bapa kita. Cinta kepada ibu bapa lah yang membawa kita ke syurga.

Cintailah ibu bapa kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

waktu kecil

waktu kecil

Anda juga boleh merasai :-)