BILA kita rasa kita nak sedih, cuba ingat semula zaman kanak-kanak. Biasanya, kita akan ketawa bila kita ingat-ingatkan masa kanak-kanak kita.
Tak ada orang yang akan jadi sedih bila ingat masa tu. Masa kanak-kanak adalah suatu zaman di mana kita dikira bebas untuk buat apa pun sahaja. Maknanya, kita belum ada rasa tanggungjawab. Segala yang kita buat adalah ikut gerak hati yang kita nak. Jadi, kebiasaannya apa pun pengalaman semasa zaman kanak-kanak adalah kenangan yang terindah.
Ada orang kenangan di masa kanak-kanak ialah semasa dimarah oleh tok ketua kampung, kerana dia telah mencuri buah rambutan tepi jalan. Itu kan pengalaman yang tak baik. Tapi bila kita ingat-ingat balik, kita akan jadi ketawa. Sekarang bila kita bayang-bayangkan wajah tok ketua kampung itu, kita akan terus tersenyum sendiri. Betul?
Ada orang lain pula, pengalamannya di masa kanak-kanak ialah dirotan oleh gurunya. Dirotan sebab tak siapkan kerja sekolah. Tak siapkan kerja sekolah pula kerana pergi main pancing-pancing ikan kat tepi parit.
Benda-benda ni semua asalnya adalah pengalaman-pengalaman yang dilihat tidak baik. Tapi bila ianya berlaku di zaman kanak-kanak, serta merta ia akan menjadi suatu kenangan yang amat manis dan indah untuk diingat-ingat.
Jadi, bila anda sedang bersedih, tatkala anda rasa nak stres ke apa, cuba ingat balik masa kanak-kanak dulu. Bila anda telah membawa jiwa anda jauh kembali ke kira-kira puluhan tahun yang lampau, anda akan sendirinya tersenyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan