111111 meninggalkan kita pergi
Tanpa menoleh ke belakang lagiNamun Jumaat tetap kembali
Tetap setia menanti
Bumi digonjang..Hari Jumaat
Tiupan sangkakala ...Hari Jumaat
Kiamat... Hari Jumaat
Gunung takut Hari Jumaat
Awan takut Hari Jumaat
Tumbuhan melata
Segala binatang takut Hari Jumaat
Menunggu senja menjelang
Menunggu matahari terbenam
Menunggu Jumaat berlalu
Agar Kiamat tidak berlaku
Namun kita masih di sini
Masih lalai...leka dan rugi
Tiada gementar di hati
Bagai Jumaat tiada bererti
Kita yang lebih bijaksana
Tiada rasa yang sama
Hari Jumaat
Hari Allah bertindak
ke atas semua makhluknya
Haiwan-haiwan kembali gelisah
Kembali ketakutan
Menunggu Jumaat hadapan
Kita pula bagaimana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan